Kerajaan akan menaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
GST
Petra Jaya: Perdana Menteri menafikan tuduhan pembangkang yang mendakwa kerajaan akan menaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata, dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia di sini, sebentar tadi, jemaah menteri membidas tuduhan pembangkang itu dan menganggap ia sebagai satu pembohongan.
"Jemaah menteri menolak dakwaan pembangkang yang mengatakan sekiranya BN menang pada PRN-11 ini, kadar GST akan dinaikkan dan saya sebagai Menteri Kewangan serta jemaah menteri sebelum ini sama sekali tidak pernah membincangkan perkara itu.
"Semua ini taktik pembangkang yang sengaja menimbulkan kemarahan rakyat dan saya berharap rakyat Sarawak tidak tertipu dengan rekaan pembangkang ini," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, sebentar tadi.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.
Najib berkata, beliau bersama kerajaan BN akan memantau semua janji kepada rakyat Sarawak dan akan pastikan ia dilaksanakan selepas PRN-11 ini.
-HARIAN METRO

Comments

Popular posts from this blog

Penjenayah kongsi gelap terhebat di era 90an

Siapa Wong Swee Chin penjenayah era 60an?

Hari Sherlock Holmes : 10 Fakta Anda Tidak Mungkin Tahu Mengenai Detective Terhebat Dunia