Posts

Showing posts with the label W Dan S Bagi Sesi Kedua

Kami tidak menentang JPA

Image
JPA KUALA LUMPUR 2 Mei – Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan) mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula skim perkhidmatan di bawah Gred N, W dan S yang dilihat tidak memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 pembantu tadbir. Presidennya, Che Saad Hashim berkata, pihaknya akan memperjuangkan nasib dan hak ahlinya melalui serahan kertas cadangan yang mengandu­ngi saranan mele­takkan nilai tambah dalam Pekeliling Skim Perkhidmatan Bil. 1/2016. “Saya melihat JPA seolah-olah meminggirkan bidang pembantu tadbir ketika me­laksanakan pro­ses penambahbaikan skim perkhid­matan bulan lalu menyebabkan kebanyakan kakita­ngan mula mengeluh terutamanya Gred N yang tidak disentuh langsung. “Kami tidak menentang tetapi lebih kepada mengharapkan JPA sebagai sebuah institusi yang boleh mengubah nasib kira-kira 100,000 kakitangan pembantu tadbir sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar penggubala...