Mengerikan Inilah Sebab Kenapa Banyak Wanita Membuka Auratnya
Wanita merupakan makhluk yang unik dan istimewa, dikatakan demikian kerana di dalam Al-Quran sangat banyak ayat yang menerangkan tentang keistimewaan seorang wanita. Tetapi wanita juga disebutkan sebagai penghuni neraka yang paling banyak. Salah satu penyebab kerana auratnya. Aurat merupakan beberapa anggota tubuh yang tidak boleh diperlihatkan dan ditampakkan oleh seorang lelaki maupun seorang wanita kepada orang lain. Menutup aurat hukumnya wajib sebagaimana firman Allah SWT dalam surat An-Nur ayat 31 : “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kerana yang demikian itu lebih suci untuk mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadany...