Mengerikan Inilah Sebab Kenapa Banyak Wanita Membuka Auratnya

Wanita merupakan makhluk yang unik dan istimewa, dikatakan demikian kerana di dalam Al-Quran sangat banyak ayat yang menerangkan tentang keistimewaan seorang wanita. Tetapi wanita juga disebutkan sebagai penghuni neraka yang paling banyak. Salah satu penyebab kerana auratnya.




Aurat merupakan beberapa anggota tubuh yang tidak boleh diperlihatkan dan ditampakkan oleh seorang lelaki maupun seorang wanita kepada orang lain. Menutup aurat hukumnya wajib sebagaimana firman Allah SWT dalam surat An-Nur ayat 31 :

 “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kerana yang demikian itu lebih suci untuk mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera–putera mereka, atau putera–putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allâh, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.

Namun sayangnya, seiring perkembangan zaman para wanita sudah tidak lagi malu untuk membuka auratnya di depan umum, malah timbul perasaan bangga saat auratnya dilihat. Meski zaman jahiliyah telah berlalu namun kebodohan yang berbungkus kemodenan semakin tak terbendung sehingga patut dikatakan bahawa kini kita hidup pada masa jahiliyah era moden.

Selalu ada sebab disetiap akibat, demikian halnya dengan gaya hidup wanita zaman sekarang. Mereka suka menampakkan auratnya disebabkan beberapa hal diantaranya :

Mengikuti trend fashion terkini yang dikeluarkan oleh para designer yang sememangnya bukanlah seorang muslim yang mengerti tentang adab berpakaian yang disyariatkan Islam. Pilihan fashion yang tersedia memang tidak semuanya menampakkan aurat, namun kebanyakan wanita lebih menyukai yang ‘sedikit’ terbuka atau ‘sebahagian’ terbuka. Mereka beralasan bahawa pakaian yang tertutup itu sudah ketinggalan zaman, kuno dan tidak membuat mereka kelihatan cantik.

Bagi sebagian perempuan akan merasa bangga saat tubuhnya dilihat lawan jenis, namun lucunya kalau ada yang menggoda atau cuba mengganggu mereka akan marah. Tanpa sadar bahwa dirinya sendiri yang menyebabkan itu terjadi. 

Merasa rimas dan panas jika menggunakan pakaian yang tertutup. Selalu ingin tampil menarik dan moden tanpa mempedulikan bahaya yang mengintai disebabkan tindakannya sendiri. 

Tuntutan pekerjaan yang mengharuskan membuka aurat. Seharusnya hal ini tidak dijadikan alasan untuk melanggar perintah Allah SWT. Bukankah rezeki sudah diatur oleh-Nya. Bahkan sampai saat ini belum pernah diberitakan tentang seorang perempuan yang menjadi miskin karena berjilbab.

Sesungguhnya jika mereka mengetahui bahawa Allah SWT akan memberikan azab yang pedih bagi para wanita yang menampakkan auratnya, kerana mereka merupakan penyebab tersebarnya perbuatan zina. Dan mereka tidak akan mencium wangi syurga apalagi masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda bahawa :

 “Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat, yaitu (yang pertama) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukuli orang-orang. Dan (yang kedua) para wanita yang berpakaian tapi telanjang, mereka menggoda dan jalannya berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Para wanita itu tidak masuk syurga, bahkan tidak mencium wanginya syurga padahal wanginya boleh tercium dari jarak perjalanan sejauh ini dan itu”.

Bercakap mengenai hal ini secara lebih luas, bukankah sebahagian besar apa yang dilakukan para wanita ini kerana mengikut selera atau keinginan kebanyakan lelaki ? Sehingga apabila seluruh lelaki boleh menjaga pandangannya, maka secara automatik jumlah wanita yang membuka aurat diluar rumah akan semakin berkurang. Bahkan perasaan malu akan timbul. 

Comments

Popular posts from this blog

Penjenayah kongsi gelap terhebat di era 90an

Siapa Wong Swee Chin penjenayah era 60an?

Hari Sherlock Holmes : 10 Fakta Anda Tidak Mungkin Tahu Mengenai Detective Terhebat Dunia