Ketua sami Buddha yang meramalkan kelab bola sepak menjuarai Liga Perdana Inggeris

Phra Prommangkalachan
Bangkok: Seorang ketua sami Buddha yang meramalkan kelab bola sepak Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris mengucapkan tahniah kepada pasukan itu selepas ia mencipta antara kejutan terbesar dalam sejarah sukan dunia.
Phra Prommangkalachan beberapa kali dibawa ke Britain untuk merestui pemain dan stadium kelab bola sepak di Midlands itu.

Ramalan Phra beberapa bulan lalu akhirnya menjadi kenyataan selepas pesaing terdekat, Tottenham Hotspur hanya mampu seri 2-2 dengan Chelsea dalam perlawanan awal pagi semalam.
“Saya berdoa dari jam 2 pagi hingga 4 pagi (waktu tempatan ketika perlawanan kedua-dua pasukan itu berlangsung).
“Bagaimanapun, kemenangan ini bukannya datang dari saya, ia datang dari pasukan dan kebaikan pemiliknya,” katanya.
Leicester City bukanlah pasukan yang dikenali di Thailand sebelum ini, sehinggalah bilionair Vichai Srivaddhanaprabha membeli kelab berkenaan pada 2010.
Populariti kelab yang dikenali dengan nama panggilan The Foxes itu meningkat mendadak sepanjang saingan liga musim ini.
Sementara itu, beratus-ratus penyokong mengunjungi kuil Wat Traimitr Withayaram di tengah Bangkok yang diketuai Phra.
Mereka mula mengunjungi kuil itu pagi semalam bagi mendapatkan bendera Leicester City yang dijampi sami berkenaan. 
-HARIAN METRO

Comments

Popular posts from this blog

Penjenayah kongsi gelap terhebat di era 90an

Siapa Wong Swee Chin penjenayah era 60an?

Hari Sherlock Holmes : 10 Fakta Anda Tidak Mungkin Tahu Mengenai Detective Terhebat Dunia